Pada masa ini, peningkatan perkhidmatan sedang giat dijalankan dengan membina landasan berkembar yang akan memberikan perjalanan yang lebih pantas dari mana-mana pengendali perkhidmatan awam di Malaysia. Perjalanan dengan tren antarabandar membolehkan anda untuk menikmati kehijauan dan pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan. Dengan perkhidmatan yang selamat disamping dapat berehat. Disamping itu, pihak kami juga telah bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk memperkenalkan produk-produk pelancongan kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami. Perkhidmatan tren ETS adalah perkhidmatan terbaharu yang diperkenalkan oleh KTMB. Sebagai memperkenalkan perkhidmatan premium ini, maka ETS akan memastikan anda selesa dan selamat didalam perjalanan ke destinasi pilihan anda dalam masa yang sesingkat mungkin. Pada masa ini, terdapat tiga kelas perkhidmatan telah diperkenalkan. Perjalanan dengan ETS membolehkan anda untuk menikmati kehijauan pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan. Anda juga dapat mengejar masa untuk ke tempat kerja disamping membaca dan berehat. Kami juga sedang bekerjasama dengan pengusaha pengangkutan lain untuk perjalanan anda yang selancar mungkin, dengan menyediakan penyambungan yang cekap ke lapangan terbang, pusat membeli belah utama, dan tempat-tempat yang menarik. |
Public Transport >