Associations‎ > ‎

PPL


PENGENALAN

Nama yang telah dipersetujui untuk Pertubuhan ini ialah Persatuan Pemandu Lokomotif, Keretapi Tanah Melayu, MALAYSIA atau singkatannya “PPL”.

Persatuan ini telahpun didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan, Kuala Lumpur pada 18hb Julai, 2006. Dan telah diluluskan penubuhannya pada 31hb Januari,2007 dengan nombor pendaftaran 0140-07-WKL.

 LATAR BELAKANG

Persatuan ini ditubuhkan diatas idea yang dicetuskan oleh beberapa orang pemandu yang prihatin dengan kebajikan dan permasalahan yang sering dihadapi oleh pemandu.

Diantara kaedah yang dianggap berkesan dan paling praktikal ialah dengan menyatukan semua pemandu didalam sebuah  Persatuan. Dengan adanya Persatuan ini nanti diharapkan agar hasrat untuk menyatukan suara dan pandangan semua pemandu  akan tercapai.

Melalui Persatuan ini nanti sebarang permasalahan atau cadangan untuk kebaikan semua ahli akan dapat disalurkan  melalui saluran yang yang betul dan berkesan setelah di buat kajian terperinci dan setelah menyediakan kertas kerja lengkap untuk menyokong sesuatu cadangan atau permintaan yang dikemukakan.